Assalamualaikum buat semua teman....

Berkasih sayang itu indah sekiranya diletakkan pada tempat yang betul mengikut sunnah Rasul s.a.w dan Alquran sebagai rujukan.....

Selasa, 10 Mei 2011

Teka Teki..

Bertemu lagi kita di halaman ini...
Pertemuan itu adalah yg telah dirancang oleh Allah sebelum seseorang itu merancang akan perjalanannya..
Adakah itu teka-teki kepada kehidupan ini. Semalam..tidak sama dengan hari-hari berikutnya. Tiada yg sama..walaupun nampak serupa. Rutin kehidupan se awal pagi hingga ke hujung siang diikuti dengan senja kemerahan hingga ke dini hari...
Ku dirikan solat ..., ku layari gelombang kehidupan dengan penuh rintangan dan dugaan, sesekali terselit erti perjuangan utk diri ini., Namun sebagai hamba, tidak boleh menepis dari melakukan kesilapan..

Teka-teki kehidupan hanya akan terjawab setelah kita menghadap Allah Taala...di Padang Mahsyar kita di hitung segala amalan kebaikan dan keburukan.

Maha Suci Allah... yg mencipta hambaNya..
Maha Suci Allah... yg mengasihi hambaNya..
Maha Suci Allah..yg mengampunkan hambaNya..
Memberi rahmat kepada hambaNya..

Teka-teki kehidupan sukar didefinasikan dengan padangan mata kasar..mahupun dengan mencongak menerusi hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan