Assalamualaikum buat semua teman....

Berkasih sayang itu indah sekiranya diletakkan pada tempat yang betul mengikut sunnah Rasul s.a.w dan Alquran sebagai rujukan.....

Jumaat, 2 Disember 2011

E-fatwa JAKIM - alkohol

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan
Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1) Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2) Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3) Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4) Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5) Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

6) Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7) Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.


Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
Alkohol Menurut Pandangan Islam
Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan

Panduan Majlis Kenduri Perkahwinan Menurut Syariat Islamiyyah.

Berikut beberapa panduan penting untuk diikuti dalam mengadakan majlis perkahwinan agar ianya memenuhi kehendak syara' dan tidak tersasar dari matlamat asal yang menjadi ajaran Islam dalam perkara ini.

1) Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah swt.
Iaitu dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengikut sunnah Rasulullah saw. Bukan untuk berbangga-bangga dan menunjuk-menunjukkan kemewahan dan kekayaan.

2) Menghindari perbuatan syirik dan khurafat.
Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat dan kebiasaan yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah, na’uzubillah. Semua yang bertentangan dengan Syariah Islam hendaklah ditinggalkan. Hindarkan daripada bertemu dukun untuk menentu masa dan hari majlis perkahwinan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ((Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang sihir, lalu ia membenarkan ucapannya, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW)) [HR: Abu Daud].

3) Mengelak dari melakukan maksiat (penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul).
Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa ke arah berlakunya maksiat, adalah satu perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Hawa nafsu hendaklah dididik supaya tidak cenderung ke arah penderhakaan.

4) Mengundang golongan yang kurang berada.
Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilh dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Melupakan keluarga dan sahabat handai yang
miskin dan kurang berada melambangkan kerendahan akhlak dan peribadi. Rasulullah _ telah bersabda: Maksudnya: ((Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orangorang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin.)) [Muslim dan Baihaqi]

5) Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan). Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita. Ini adalah untuk menghindari maksiat seperti zina mata yang seterusnya membawa kepada zina hati.
Sabda Rasulullah saw: Maksudnya: ((Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram)) [HR Bukhari].
Firman Allah swt : maksudnya: {Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk} [Al-Isra’: 32]
Cara terbaik untuk menjauhi zina ialah dengan menyekat jalan-jalan yang boleh membawa ke arahnya. Al-Qur’an telah banyak menjelaskan hal ini.

6) Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat.
Kegembiraan yang hakiki bukan terletak pada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. Ianya adalah ketenangan hati yang dikecapi apabila majlis itu benar-benar melambangakan kesyukuran pada Allah dan mengingatkan kita kepada kehidupan akhirat.
Kegembiraan palsu hanya dirasakan sementara waktu dan akan mendatangkan kesusahan apabila majlis walimah hilang keberkatannya.

7) Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan, sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana terlalu berlebih-lebihan dan diluar kemampuan.
Mari kita renung majlis perkahwinan insan yang paling mulia di muka bumi ini, Rasulullah saw . Baginda telah menunjukkan sebaik-baik contoh dan ajaran. Adakalanya Baginda menyediakan tamar, adakalanya gandum dan adakalanya kambing. Ini semua berdasarkan kemampuan Baginda saw ketika itu.
Firman Allah swt :
Maksudnya : {….dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya} [Al-Isra’: 17]

8) Mengelakkan perhiasan yang melampau.
Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga melampaui batas yang dibenarkan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum yang terdiri daripada kaum lelaki yang bukan mahramnya. Hal ini menggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Apatah lagi jika jurusolek dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki (wanita jadian).
Kesederhanaan adalah tuntutan dalam semua keadaan. Mengabaikannya seringkali mengundang krisis di dalam kehidupan seperti permusuhan akibat dengki,memandang rendah dari satu pihak, keegoan dan sebagainya. Jadi janganlah kerana warna-warni, solekan atau kecantikan yang dibuat-buat, wujud pula kehambaran dalam rumah tangga pada masa mendatang.

9) Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka.
Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. Ini suatu amalan penting, kerana doa yang ikhlas akan dimakbulkan, insya’Allah.
Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw , alangkah indah dan bahagianya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya. Marilah kita sama-sama mengamalkan ajaran Rasulullah saw ini.
Antara doa yang sering diucapkannya kepada para pengantin:
(( بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ ))
Maksudnya: ((Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan.)) [HR Ahmad & Ashabus Sunan kecuali An-Nasaiy].
Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah saw:
(( اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم ))
Maksudnya: ((Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka)) [HR Muslim]
Mudah-mudahan kita dapat memahaminya dengan fahaman yang benar tanpa disulami dengan keraguan terhadap Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw. Bertepatan dengan hadis ini:
((تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا؛ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ))
Maksudnya: ((Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara; sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Kitabullah dan sunnahku)) [ Muwatta’ Malik ]

Hukum bersanding dalam islam

Sekadar pendapat dan pengalaman dengan kerjaya yg mempunyai perkaitan rapat dengan persandingan... saya ada diskusi dengan beberapa orang ustaz, mmg terdapat elemen haram bagi majlis yang di adakan secara melampaui batas...pembazirannya, solekannya, cukur keningnya, bersandingnya, ... termasuk budaya dan amalan hindu... bak kata ismail kamus, umat di tanah melayu ramai yang berjaya di Islamkan setelah datangnya para pedagang arab, namun masih tidak berjaya meninggalkan budayahindu....sukar kerana telah berakar...tapi alhamdulillah, semakin ramai yang memahami... walaupun ada elemen budaya yang tidak bercanggah dengan syara'... tetapi kebanyakkannya ada unsur pembaziran, dan amalan yg berkaitan dengan kepercayaan. perlunya hati-hati disini agar kembali kepada Ajaran yg asal.
Setakat ini, pengalaman saya, persandingan adalah untuk saudara-mara, hanya untuk gambar kenang-kenangan... unsur berhias tabarruj tu ketat dan rapat sangat dengan istilah raja sehari.. dipakaikan cantik-cantik untuk diperkenalkan sebagai dua pasangan suami isteri.. hanya segelintir yg masih mengamalkan renjis-renjis (gambar waktu renjis2 ni lah paling tak cantik sbb tak best) Kerana ada dua kes (setakat ini) pasangan yg hampir bercerai, tetapi tak jadi bercerai asbab terlihat semula gambar-gambar perkahwinan mereka yang mempunyai "moment" yang indah dan tersendiri bagi mereka... saya pada mulanya nak berhenti dari kerjaya ini, namun, saranan ustaz tersebut mengatakan saya boleh gunakan kerjaya ini sebagai satu medan dakwah untuk saya sampaikan pada pasangan dan seterusnya kepada masyarakat... insyaAllah.. bermula dari tempahan, saya sikit demi sedikit soal selidik mengenai pakaian waktu hari perkahwinan, jika tidak bertudung, saya nasihatkan bertudung... baru-baru ini, ada pasangan yg bertudung, tetapi ..pak andam tu pandai-pandai pakaikan tudung yg nampak mcm anak tudung, dililit2 pada kepala, kononya style baru...alahai... saya terkejut sebab pengantin itu dia asalnya bertudung elok, tutup bahu dan tutup dada,... lalu saya tegur kepada pengantin... "tak cantiklah tudung nie... nampak pelik... nanti anak tak kenal siapa mak dia dalam gambar pengantin(pinjam statement dari rakan forum nie =D)... lagipun, nampak rambut pada tepi sideburn"... dia terus bincang dengan suami dia, lalu bersetuju untuk tukar kepada tudung biasa... yg menutupi bahu dan dada... awalnya si pak andam taknak tukar dengan alasan sudah kesuntukan masa untuk rombongan keluar berarak... dengan izin Allah s.w.t... Hujan lebat turun... dan pihak ibu bapa pengantin perempuan pula telah tersesat jalan.... makanya ada masa untuk tukar baju dan tudung! =D
ahamdulillah..dgn izin Allah s.w.t... asbab hujan itu, pak andam setuju untuk tukar tudung lilit kepala kepada tudung tutup bahu dan dada... pak andam tu sambil dok betulkan tudung dia mengomel, dia kata, majlis sekali seumur hidup, kenalah lain dari hari biasa... saya balas... majlis sekali seumur hidup inilah yg kita nak cari berkat... sambil senyum-senyum... dia diam...wallahua'lam.. atas nasihat ustaz2 juga... boleh mempengaruhi jadual waktu kenduri, kebanyakkannya saya minta selepas zohor kita mulakan semuanya atau selesaikan semuanya sebelum zohor... agar asbab walimah itu, ramai yg bersolat zohor berjemaah.. atau menyelesaikan solat zuhur dahulu baru ke majlis walimah... ada satu pasangan, dicadangkan pada mereka untuk bernikah pada hari jumaat, mengambil keberkatan penghulu segala hari, dan juga dapat menjamu jemaah hari jumaat... alangkah besarnya pahala mereka berdua... juga pernah mencadangkan hanya yg bersaudara sahaja mengambil gambar di pelamin dan di pentas
 
alhamdulillah... banyak yg dipermudahkan untuk dipersetujui...walaupun ada yg membantah... takpe.. tetap menyampaikan kebenaran... ada juga majlis yg menyentuh hati saya apabila, kanak-kanak di ajar bergotong royong mengangkat pinggan, cawan, dan sehingga membasuh pinggan dan cawan... bahkan yang dewasa dari berbeza parti politik, berbeza agama, bergotong royong masak, belah kayu api, dan sebagainya.. terharu majlis dia menjadi asbab perpaduan masyarakat.....bahkan apabila masuk waktu asar... semua di ajak solat jemaah di surau berhampiran... fuh!! syahdu!! dan juga pernah saya ceritakan seorang hartawan yg revert, maharnya 7.5 juta..(sebuah kondo) tetapi majlisnya 100% di masjid, tiada sanding, jamuan makan di ruang makan masjid, dan ambil gambar di tasik titiwangsa.. kaya, tapi tawadduk.. Dan ada juga yg saya tak terelak bagi dosa mata, kalau bukan pengantin pun, tetamu pengantin yg dressupnya kalah pengantin... aduhai..... sedihnye.. tetapi ustaz kata, jika saya berhenti kerjaya ini, makanya tiada tentangan langsung bagi photographer yg tiada kesedaran, bahkan tidak berkurang pula gambar yg dedah-dedah, maka saya perlu lebih berhikmah dalam approach bakal-bakal pengantin, hari langsungnya persandingan, dan mempromosikan walimah secara Islam sepenuhnya perlahan-lahan, dengan kadar kemampuan saya serta beberapa sahabat yg sama dalam bidang ini......wallahua'lam.... Dengan kefahaman dari penerangan ustaz-ustaz tersebut, amatlah penting umat islam yang mengusai segenap penjuru ilmu dan kerjaya..agar dapat disampaikan kebenaran , mengaplikasikan kebenaran, kepada masyarakat di sekeliling kita... "Jangan pula kerana mahu membuang adat, kita turut membuang adab".- saifulislam. dan golongan ini perlu diapproach mungkin seawal kursus kahwin... dan mungkin saya hanya diberi upaya olehNya untuk approach pada kebenaran diperingkat kerjaya sementara saya.. mungkin moderator agama boleh berikan pendapat disini... untuk perkongsian bersama insyaAllah.. wallahua'lam...
 
8 General Tips for a Muslim Wedding
By Samana Siddiqui, SoundVision Foundation, Bridgeview, Illinois
There are plenty of things to consider in wedding planning and arrangement. These are a few things which are either unknown or forgotten:
1. Invite the poor
According to one Hadith, the worst meal is the feast of a Walima in which rich people are invited and poor people are left out.
Don't let your Walima be a class-based affair. Make sure that all guests are welcome, regardless of their economic situation.
2. Invite a multiethnic audience
Make your wedding party more representative of the Ummah (the worldwide Muslim community) by inviting Muslims of different ethnic backgrounds, whether it's the local Imam and his family who are Turkish, the African-American Muslima who accepted Islam recently or the Lebanese family in your neighborhood.
3. Practice gender privacy at your wedding
This means providing women-only space where sisters who observe different levels and types of Hijab feel comfortable.
Most sisters like to dress up for a wedding, but they want to enjoy themselves without being watched by strange men. Also remember that your other guests have nothing to lose with this kind of set up so in the end, providing for women-only space works out for the best for everyone.
There are different ways to accommodate women-only space in a hall.
  • You can have separate rooms for men and women. This is the ideal solution for maximum privacy.
  • You can have a room in which there is a curtain or a row of tall plants.
  • In larger halls, you can make two distinct areas.
If your family tradition is not to have weddings arranged in this way, consider this: you will Insha Allah (if Allah wills) receive Allah's blessings if you do so for seeking to accommodate your guests and trying to observe an Islamic practice which has been in place for about 1400 years. In programs where women-only space is provided, children need to be divided up between parents. Older boys should stay with their dads. Older girls stay with mom. Young girls who are toilet trained can also go with dad.
It should also be remembered that professional photographers can violate the privacy of individuals by taking photos or videos without their consent. If you are taking photos or videos make sure not to include non-relatives or those who do not want their picture taken.
4. Set up a hospitality line
This is a line of hosts who will welcome guests when they arrive at the wedding.
Those who will be included in the hospitality line need to be told in advance that they will be part of it. They should not be told once they reach the hall for the wedding.
5. Have the hosts make rounds during dinner
When guests are digging into dinner, hosts should go around, making sure everyone has what they need and inviting those who are finished to take more.
6. Set the stage
It should be decided by the hall committee who will sit on stage at the wedding and exactly where. This has to be done carefully. The feelings of relatives and close family friends are important to consider when making decisions about this.
7. Make sure to set up a gift table
Where are you going to put all those goodies? Set up a specific gift table near the stage with a sign saying "Please put gifts here. Thank you."
8. Mind the bathrooms
Take into account how many guests are coming and see if the washrooms at the hall are big enough. If it's a large gathering, request hall administrators to have a cleaning person come in every half hour or so to clean up quickly in between.
Also, if one of the prayers occurs during the wedding, that means the washrooms will be used for Wudu (ablution before prayer). Ask the hall administrators to accommodate this by providing extra paper towels.
9. Avoid making unnecessary announcements
Avoid making unnecessary announcements of any sort during the program and keep the microphone close by so children do not mess around with it.

AWAL MUHARRAM

Awwal Muharram lebih dikenali dengan Hijrah. Hijrah!!! apa yg kita tahu pasal hijrah? Macam2 jawapan yg akan muncul dalam fikiran ini.

a) Dari bukan Islam kepada Islam
b) Dari mereka yg selalu mungkar kepada yg buat amar maaruf
c) Dari pemarah kepada penyabar
d) Dari penyombong kepada peramah
e) Dari pengotor kepada pembersih
eemmmmmmmmmm banyaklah lagi ...itu semua hijrah!!!

Tapi setakat mana kita istiqamah dengan hijrah yg kita laung-laung kan itu? Semuanya terpulang pada keikhlasan diri kita...