Assalamualaikum buat semua teman....

Berkasih sayang itu indah sekiranya diletakkan pada tempat yang betul mengikut sunnah Rasul s.a.w dan Alquran sebagai rujukan.....

Isnin, 23 Mei 2011

Indah ke bercinta?

Desas desus orang bercinta....macam2 katanya indah....

Termenung aku sekejap....Flashback ruang cinta dahulu....melayang rasanya..hehehe
Tetiba teringat kata kawan karib ku dulu...Kau tak rasa melayang ke bila bercinta...hehehe aku tergelak besar..
Seraya berkata....melayang lah jugak...Komunikasi tergendala...bila aku ingat macamana pulak rasa bila putus cinta!!!!

Gila beb... mana tidaknya, airmata macam tak mau kering. Sebab yg di cinta tu orang yg pertama dalam life.. Yang geramnya bukan dia yg cakap nak putus...tapi huhuhu kakak dia yg suruh aku jgn tifon lagi....

Dialog camni buat aku gelak besar sekarang.

Mana tidaknya... bila anak remaja ku menyatakan cerita dia...Senyum akak!!

Kita tak perasan dulu bila kita putus cinta..Tapi  bila anak kita putus cinta baru kita sedar bahawa cinta itu indah bila ianya berjalan dengan tenang tanpa sebarang dugaan. Namun cinta itu sebenarnya, mendewasakan kita sekarang. Kita sudah kenal cinta yg hakiki. Dengan bercinta itu juga kita menggedung pengalaman hidup. Pengalaman ini membuat kita lebih tenang bila soalan2 ini diajukan pada kita. Ia seperti bunga-bunga yg mekar dan akhirnya layu...

Anak-anak ku sayang... kamu harus belajar dari semua kegembiraan, kesenangan, kepayahan, kemudahan dan kesedihan. Semua emosi itu akan buat kamu dewasa. Dewasa dan mengenal erti perjuangan dalam hidup. Merentasi masa yang Allah berikan pada kamu dengan penuh tabah dan sabar. Dengan itu kamu akan berjaya ke satu lagi tahap. Dan ketika kamu sudah dibajai dengan pengalaman..., kamu lebih dihormati dan lebih bijak memilih...

Masa itu memberi kamu ruang untuk mencari bekal. Dan sebaik-baik cinta, hanya padaMu...Allah.

Mohon semua dariNya, sudah pasti kamu akan mendapat hidayahNya. Cintai Allah akan membawa seribu ketenangan.

Jangan kamu junjung dunia dan jinjing akhirat, kerana kamu akan terlepas akhirat dan mendapat dunia. Tapi sekiranya kamu junjung Akhirat dan jinjing Dunia..pasti kamu akan mendapat dunia dan akhirat sekiranya apa yg kamu jinjing itu terlepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan