Assalamualaikum buat semua teman....

Berkasih sayang itu indah sekiranya diletakkan pada tempat yang betul mengikut sunnah Rasul s.a.w dan Alquran sebagai rujukan.....

Khamis, 26 Mei 2011

Bahasa???

Bahasa Arab adalah bahasa Jannah (ahli-ahli syurga)..

Memang kalau dah lidah melayu..susah juga nak cakap Arab... Namun itu cuma kata-kata orang yg putus asa...

Di tempat kami belajar... golongan anak remaja memang kurang..mungkin sebab mereka sudah ada kelas bahasa arab
di sekolah.. Adik-adik di Sekolah KAFA, pondok dan Sek Agama ..memang mahir berbahasa Arab.. tapi...adakah cukup dengan bahasa sahaja.

Bahasa boleh di bahagikan kepada beberapa perkara. Bila sebut bahasa..semua menganggap bahasa adalah apa yg dipertuturkan..
Bukan begitu... bahasa badan, bahasa akhlak dan perangai seseorang juga dikategorikan dengan bahasa... Bagi mereka yg tidak boleh bertutur (bisu) mereka akan menunjukkan gerakbadan sebagai bahasa..

Apa-apa pun, kesenian dalam bahasa boleh meletakkan seseorang itu ditempatnya. Kalau golongan yg pakar dalam bidang bahasa akan menggunakan bahasa yg cukup ringkas tetapi cukup dalam maknanya..Contohnya : Roh ruku' dan sujud atau Tamak Emosi... semua ini sangat sukar bagi org yg ala-ala kita ni nak gunakan. Melalui bahasa juga seseorang boleh dinilai ketaqwaannya... Lu, gua dan beb..bahasa anak-anak muda.. Bila kita guna aje perkataan ini..dia akan kata weii lu boleh join gua punya kelab lah..

He he he..bahasa bahasa

Bahasa juga boleh buat kita kenali bangsa apa seseorang itu...

Wa manyak susah hati ma.... sudah tentu si apek yg berbicara (CINA) begitu juga dengan bangsa yg lain...

Bahasa juga memain peranan penting dalam meneka seseorang itu dari negeri mana asalnya...

Orang Kelate dengan loghatnya, Deme juga idok tau..udah-udah le tu..(Perak)...dan lain-lain...

So skop bahasa ni luas, seluas mukabumi ini...

Yang pasti Bahasa Arab adalah satu-satunya bahasa yang akan dinobatkan sebagai bahasa SYURGA...

Jom pakat ramai2 belajar bahasa arab....Hubungi saya : 0192214207.. Masjid Alsyakirin..wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan