Assalamualaikum buat semua teman....

Berkasih sayang itu indah sekiranya diletakkan pada tempat yang betul mengikut sunnah Rasul s.a.w dan Alquran sebagai rujukan.....

Rabu, 11 Mei 2011

JENAZAH

Bercakap soal jenazah....

Memang menjadi lumrah manusia bila bercakap soal jenazah, ia lebih sinonim dengan kematian. Benar...tapi...
tahukah kita bahawa kematian yg lebih teruk adalah matinya roh kita tanpa ilmu. Tidak mengambil tahu hal-hal halal haram..Tidak peduli apa itu akhirat, padang mahsyar, alam barzakh, syurga dan neraka, dosa dan pahala.

Jangan kamu biarkan diri kamu tanpa mengetahui itu semua. Bagi hamba yang mati dan di bawa kekuburan akan menjadi tenang seandainya dia bersifat tawadduk dan tunduk pada Allah. Sesungguhnya kita harus peka dengan semua perintah dan larangan Allah. Semua persoalan Malaikat sudah kita tahu. Umpama soalan bocor. Tapi adakah kita tahu bahawa jawapan bagi soalan itu harus di jawap semasa kita hidup?

Ya...jawapannya harus dijawap ketika hidup dengan amalan berdasarkan soalan2 tersebut.

Siapakah tuan kamu? Bolehkah lidah kita fasih menjawapnya sekiranya di masa hidup ini lidah tidak pernah menyebutnya. Lidah yg disaluti dengan kata2 lagha hanya akan mengundang kekalutan dalam menjawap soalan tersebut...

Begitulah dengan soalan-soalan seterusnya..

Kita harus merentasi masa hidup ini dengan banyak mengingati Allah...Biar setiap gerak badan kita, pandangan dan ucapan, perasaan dan pemikiran kita hanya padaNya...biarlah ruangan hati kita penuh dengan kalimah padaNya..

Allah...kecintaanku padaMu...mengundang rindu malamku...
Allah... Allah...ampunkan aku, ampunkan aku, ampunkan aku...
Allah...Kau menciptaku...dalam kesedihanku..hanya ada Kamu, Ya Rabbi...
Allah.. kutelan kebencian manusia kerana kecintaanku padaMu melebihi segalanya..
Allah...Kau perdana selepas Rasulku Muhammad s.a.w...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan