Assalamualaikum buat semua teman....

Berkasih sayang itu indah sekiranya diletakkan pada tempat yang betul mengikut sunnah Rasul s.a.w dan Alquran sebagai rujukan.....

Khamis, 28 April 2011

Dukun!!!?

Hadith :  
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.(Hadith Riwayat Muslim)
 
Huraian Hadith:
i)              Antara unsur syirik yang sering berlegar dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini ialah keramat, perdukunan dan bertenung nasib.
ii)             Bagi seseorang dukun dan tukang ramal kebiasaannya mereka mengaku tahu tentang perkara-perkara yang tersembunyi atau bersifat ghaib sehingga banyak memberitahu tentang kejadian masa lalu kepada orang yang datang kepadanya menerusi jampinya. Sedangkan hal yang diperkatakan itu berada dalam persangkaan dan ramalan yang samar atau sekadar meneka semata-mata di mana menaruh kepercayaan seratus peratus padanya hukumnya adalah berdosa besar di sisi Islam.
iii)                Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita wajib percaya sepenuhnya terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam yang menuntut agar tidak meletakkan sesuatu yang selain daripada Allah S.W.T sebagai tempat bergantung sebaliknya hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala kecelakaan yang mendatang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan