Kuliah Syeikhuna Syeikh Abdullah Al Majzub.
24 November 2017 Bersamaan
5 Rabbiul Awal 1439 h
Di Surau Azzakiriin, Petai Bubus.
Kitab Al-Hikam
Dicatatkan oleh Ustaz Kassim.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
ولاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Bermula nikmat walaupun berbagai2 jenis nikmat itu adalah nikmat jika memandang kepada pemberi nikmat iaitu Allah
Nikmat sebenarnya itu adalah memandang dengan mata hati Pemberi Nikmat..
Tiada sempurna nikmat melainkan melihat Pemberi Nikmat..
Selagi terhijab dengan Pemberi Nikmat itu adalah bala dan siksa walapun beroleh pelbagai nikmat
Hakikat Syukur adalah melihat dengan mata hati Pemberi Nikmat
Syukur terbahagi 3..
Syukur dengan lisan .. puji Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah..
Syukur dengan anggota dengan mengerjakan segala perintah Allah..
Syukur dengan hati dengan melihat Allah yang memberi nikmat
Barangsiapa yang bersyukur nescaya akan ditambah Allah nikmat
Kata Ulama' Hikmah Allah tidak dapat di Dunia ada 10 perkara..
Pertama dijadikan Dunia tempat orang kafir dan seteru Allah..
Sekiranya dunia ini ada nilai sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak tuang seteguk air kepada org kafir..
Kedua dunia ini tempat baiki sekalian hamba Nya
Ketiga .. kasih kepada yg ghaib tidak sama dengan kasih yang nyata..
Keempat..
Dunia itu tempat yg sangat jahat dan hina..sedangkan melihat Allah ada lah satu yg sangat mulia
Kelima
Dunia adalah tempat kehidupan. Jika dapat melihat Nya nescaya sibuklah mereka dan tiadalah kehidupan..
Keenam..
Dijadikan dengan mata hati dan tiada dijadikan dengan mata kepala supaya dilihat malaikat hening segala hati mukmin
Ketujuh..
Supaya lebih segala amal dan zahirlah segala kadar hamba.
Kelapan
Supaya mulia kadar akhirat
Kesembilan..
Beroleh lazat dan suka dengan Dia..
Kesepuluh..
Ditegah akan Dia kerans rahmat atas segala hamba Nya
Andainya dapat memandang Allah yang menimpa segala bala dan musibah pada kita nescaya kita sabar dan redha
Barangsiapa yang memandang perbuatan Allah atas dirinya nescaya tiada memberi kesan dan bekas pada hatinya
Selagi ada rasa sakit dan dukacita bila datang ujian maka itu tanda masih ada dirimu dan bahagian nafsumu
Apabila dipandang yang dikasihi nescaya hilanglah sakit dan dukacita pada hati
Kata Syeikh Syibli ra..
Barangsiapa yang mengenal Allah nescaya tiada atasnya takut dan dukacita
Mengenal Allah itu adalah Syurga bagi orang khawas dan buahnya didunia
Cinta dan kasih kepada dunia adalah pokok dan kunci segala kejahatan
Sesetengah kesempurnaan nikmat itu adalah dianugerah Allah rasa memadai pekerjaan dunia
Jangan jadi hamba kepada selain Allah, jadilah sebenar 2 hamba Allah
Rasa cukup apa yang ada nescaya tidak akan rasa dukacita
Sabda Rasulullah Saw..
Sebaik2 rezeki barang yang memadai ia dan Sebaik2 zikir itu adalah zikir yang tersembunyi
Berzikirlah banyak2 dalam hati agar kekal dalam hati supaya berubah akhlak dan peribadi
Berzikir banyak2 sehingga bila lupa Allah mu rasa dukacita yg amat sangat dan menangis mengalir air mata
Kita skrg ni disibukkan dgn handphone .. sehingga hilang zikir
Syeikh dulu zikir banyak sehingga tidak minat dan gemar dgn benda lain...
Jangan kata pada orang kelak nanti kena atas diri sendiri...
Barangsiapa yang kasih kepada Allah nescaya jadi hina barang yang lain
Barangsiapa yang kasih Allah nescaya akan terasa cukup dengan Allah
Jangan engkau suka melainkan kepada Nya dan jangan engkau cinta kepada selain Nya dan cukup dan memadailah dengan Dia Allah
Selagi berkehendak tidak kaya, hilang kehendak baru kaya..
Kata Syeikh kita
Sesungguhnya pangkat2 di dunia itu tidak kekal dan akan binasa maka janganlah kamu mengejar dan berkehendak kepada nya
Pangkat2 dan kurnia Allah itu kekal dan tidak hilang makanya tetaplah dengan mengikut Rasul dan fana dalam amal..
Tiada lah kehidupan dunia itu melainkan kehidupan yang penuh tipu daya
Barangsiapa yang mengasihi pangkat2 dunia nescaya akan beroleh sesal pada akhirnya
Ikut Rasul dan fana dalam amal nescaya akan dikasihi Allah
Orang yang jahil tidak mengenal tipudaya dunia
Dunia pada zahirnya nampak baik namun pada bathinnya buruk..
Dunia itu baik bila dimanafaatkan utk akhirat dan dunia jadi sia2 bila digunakan utk memenuhi kehendak nafsu
Bila orang melihat batin dunia nescaya akan berpaling daripadanya
Bermula zahid itu berpaling hati daripada selain Allah
Apabila hamba masih ada dirinya dalam amal maka disuruhnya dengan ibadah zahir sehingga apabila fana daripada dirinya dan kekal ia dengan Allah maka diperintahkan Allah melalui ilham maka khalis daripada melihat diri dan amalnya dan jadilah ia tiada daya, upaya dan kehendak melainkan dengan Allah jua...
Kata Syeikh Abu Hassan as Sazali..
Bermula hakikat zahid itu selesai hati daripada barang yang lain daripada Allah dan hakikat Siddiq itu mendapat apa yang dikehendaki Allah
وصل الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم..
والله اعلم🌹