Assalamualaikum buat semua teman....

Berkasih sayang itu indah sekiranya diletakkan pada tempat yang betul mengikut sunnah Rasul s.a.w dan Alquran sebagai rujukan.....

Jumaat, 29 April 2011

Senyum aje..

Emmm... bila cakap pasal senyum..susah kita nak mendefinasikan senyuman ini..
Ada org senyum sebab betul-betul ikhlas (org giler pun ikhlas gak)..dan ada tu macam kena paksa aje. Tapi dalam kehidupan ini senyuman anak-anak yg paling ikhlas...walaupun kita marah kat dia..tapi  bila si kecil senyum..tentu si ibu bagai nak jatuh jantungnya...anak-anak...memang keikhlasan kamu yang buat ibu sayang pada kamu.

Dalam kehidupan ini, manusia sukar senyum sebab terlalu banyak perkara yg sedang berpusat difikiran. Yang paling teruk kalau seseorang itu sedang putus cinta dan lagi parah kalau hutang keliling pinggang. Senyum akan nampak menawan(tak kiralah walau si nenek) bila seseorang ikhlas memberi senyuman. So beb...banyakkan senyum dari ketawa...

Namun demikian, adalah senyuman itu sukar??? Sudah semestinya sukar sekiranya hendak membalas senyuman pada orang asing...Sebenarnya semua itu terpulang pada individu itu sendiri.. Jangan orang kata " hello kawan, ada ok ka?"
Orang kurang siuman selalu tersenyum..Kenapa ya?.. Apakah yg buat diorang "happy" sangat...

Bila suami senyum kena hati-hati juga..."lain macam je bang..????". Hmmm

Senyuman itu akan bertambah indah kalau pagi itu "mood" anda baik., perut anda kenyang, dapat berita-berita menggembirakan dan semua ini adalah bermula dari emosi yg tenang.

Untuk mengawal emosi, apa yg paling baik ialah sempurnakan semua waktu2 solat...Solat menjaga kehidupan kita, roh dan jasmani..
InsyaAllah..

Senyumlah wahai sahabat..mudah-mudahan kita dapat memberi sedikit pahala kerana dengan memberi senyuman, kita dapat menukar "mood" orang lain pada hari itu..

Khamis, 28 April 2011

Dukun!!!?

Hadith :  
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.(Hadith Riwayat Muslim)
 
Huraian Hadith:
i)              Antara unsur syirik yang sering berlegar dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini ialah keramat, perdukunan dan bertenung nasib.
ii)             Bagi seseorang dukun dan tukang ramal kebiasaannya mereka mengaku tahu tentang perkara-perkara yang tersembunyi atau bersifat ghaib sehingga banyak memberitahu tentang kejadian masa lalu kepada orang yang datang kepadanya menerusi jampinya. Sedangkan hal yang diperkatakan itu berada dalam persangkaan dan ramalan yang samar atau sekadar meneka semata-mata di mana menaruh kepercayaan seratus peratus padanya hukumnya adalah berdosa besar di sisi Islam.
iii)                Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita wajib percaya sepenuhnya terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam yang menuntut agar tidak meletakkan sesuatu yang selain daripada Allah S.W.T sebagai tempat bergantung sebaliknya hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala kecelakaan yang mendatang
 

Rabu, 27 April 2011

Salam Ukhuwwah

23 Jamadil Awwal 1432/ 27.4.2011

Bismillah...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah....Segala puji-pujian kepada Allah yang merafakkan nikmatNya pada kita dengan sebaik-baiknya.

Buat semua pembaca blog ini....saya bersyukur kerana pagi ini, tercetus di hati saya untuk mencuba membuka satu blog sendiri. Tujuan saya adalah kerana Allah. Untuk memperluaskan skop pengetahuan dengan berkongsi ilmu yg di hidayahkan olehNya.

Luasnya bumi dan langit Allah adalah luar dari pengetahuan kita, inikan pula ilmu Allah yg amat banyak. Kejahilan kita akan semakin hari semakin bertambah sekiranya kita terus ego, bangga dan putus asa dengan apa yg Allah berikan. Kita sebagai hamba yang roh ruku' dan sujud, harus mencari jalan yang terbaik bagi menjadi yang terbaik di sisiNya..

Apakah kita dapat menilai kehidupan ini hanya dengan bekalan ilmu yang sedikit? Jawapannya semestinya tidak....

Menjunjung kasih padaMu ..Ya Allah, Tuhan yang menjadikan aku...ampunkan aku, kuatkan semangatku untuk terus memartabatkan agamaMu..di laman ini..


Wassalam...